Ahad, 21 Mei 2017

Remaja Wanita 16 Tahun Lari Ke Balai Polis Tanpa Seluar.

Zaman sekarang ini memang tidak selamat kalau anak gadis nak keluar ke mana-mana tanpa pengawasan orang tua walaupun keluar bersama teman lelaki tidak menjamin sebarang keselamatan buat diri.

Perkara ini dah banyak kali berlaku tapi golongan remaja ini lebih mementingkan kebebasan dan tidak suka di kongkong oleh ibu bapa.

Kadang-kadang orang yang kita percayai pun sanggup mengambil kesempatan ke atas diri kita apatah lagi orang yang tiada sebarang petalian darah dengan kita.

Itulah yang berlaku kepada seorang remaja wanita  berusia 16 tahun yang mengejutkan anggota balai polis Kupang apabila secara tiba-tiba telah memasuki balai tanpa mengenakan seluar sambil menangis.

Ketika itu juga anggota polis yang bertugas terus menutupi tubuh mangsa dengan kain .

Remaja berkenan dikenali sebagai Melati memberikan keterangan bahawa dia hampir di rogol oleh teman lelakinya sendiri dalam kejadian yang berlaku pada semalam.

Katanya dia dan teman lelakinya itu berhenti di bawah jambatan untuk berteduh kerana hujan, ketika mereka dalam perjalanan balik ke rumah kira-kira jam 8:30 malam.

Tanpa sebarang amaran, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Jekson itu terus meraba pahanya tetapi Melati cuba melawan, namun mangsa diperlakukan dengan kasar sampai di paksa untuk membuka baju dan seluar.

Keadaan tempat itu memang sunyi membuatkan suspek berani bertindak menindih mangsa di atas jalan.

Namun Melati menolak dan berjaya melarikan diri, dimana dia hanya sempat mengambil baju sahaja.

Tidak jauh dari lokasi itu sememangnya terdapat balai polis. Melati berkata ketika dia berlari ramai pengguna jalan raya yang memperhatikannya.

“Saya tidak pakai seluar ketika berlari, orang melirik saya tapi saya tidak peduli” katanya.

Ketika tiba di balai polis Kupang pihak polis terus menutupi tubuhnya sebelum memaklumkan kejadian kepada kedua orang tua mangsa. bagaimanapun pihak polis yang bertugas cuba memeriksa lokasi kejadian namun suspek sudah pun melarikan diri.
loading...