Jumaat, 12 Mei 2017

Saleem Perjelas Isu Abai Anak Sendiri Selama Ini.

Penyanyi Saleem mendedahkan bahawa dia tidak pernah ‘membuang’ anak-anaknya daripada perkahwinan terdahulu meskipun telah berpisah dengan isteri pertama, Juwita, sekitar 20 tahun lalu.

Menurut Saleem, pada awal tahun 1990-an, dia telah membelikan sebuah rumah secara tunai bernilai hampir RM60,000 di Setiu, Terengganu untuk didiami oleh lima anaknya bersama bekas isteri.

“Selain beli rumah, bekas isteri saya juga selalu datang ke pejabat Warner Music iaitu syarikat rakaman tempat saya bernaung ketika zaman popular dengan Iklim dahulu.

“Dengan hasil royalti menyanyi itulah juga, bekas isteri membesarkan anak-anak saya sehingga hari ini mereka boleh dikatakan berjaya dalam pelajaran dan ada kerja yang baik hari ini, “ katanya kepada Utusan Online.

Saleem membuat pendedahan ini bagi menafikan stigma masyarakat yang selama ini dia telah mengabaikan anak-anak hasil pernikahan dengan Juwita.

Menurut beliau, walaupun pernah lalai dan terjebak dengan najis dadah suatu ketika dahulu sehingga ke pusat pemulihan dadah, anak-anaknya tidak terabai atau tinggal menumpang di rumah orang lain.

“Sekurang-kurangnya anak-anak tidak duduk di bawah jambatan. Tuduhan bahawa saya tidak peduli nasib anak-anak dan ayah yang tidak bertanggungjawab adalah tidak benar. Itu fitnah yang amat menyedihkan saya,” katanya lagi.

Ikuti pendedahan selanjutnya dengan Saleem dalam temu bual dengan Utusan Online ini. Dalam temu bual ini, Saleem berkongsi banyak cerita, termasuklah kisah salah seorang anaknya yang bertugas sebagai ahli bomba di Terengganu.

Cerita anak muda bernama Nursyafiq Farhain AM Salim kini menjadi tular dan diperkatakan di seluruh negara selepas memuat naik video nyanyiannya yang memiliki vokal seiras penyanyi lagu Suci Dalam Debu ini.
loading...