Isnin, 15 Mei 2017

Sesak 4 Jam Isteri Langgar Kereta Suami Didakwa Curang

BANGKOK: Kesesakan teruk berlaku di utara ibu negara Thailand gara-gara 'drama' sepasang suami isteri di tengah-tengah jalan raya ekoran kes curang membabitkan pasangan itu.

Menurut laporan portal Asia News Network, kejadian itu berpunca apabila wanita terbabit bertindak nekad merempuh kereta yang dinaiki suaminya bersama seorang perempuan simpanan lelaki itu.

Wanita yang memandu Toyota Fortuner melanggar kereta jenis Mercedes Benz dipandu suaminya menyebabkan kemalangan yang turut melibatkan empat kereta lain di Pathum Thani pada petang Sabtu.

Kemalangan yang berlaku jam 4.30 petang di jalan Rangsit-Nakhon Road, Tambon Bung Yitow itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih empat jam.

Siasatan awal polis mendapati, wanita itu mengesan suaminya menggunakan GPS sebelum terserempak kereta suaminya di Sawai Pracharat Road  sebelum mengambil keputusan melanggar kereta suaminya bagi mengelakkan lelaki itu melarikan diri.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesudahan 'drama' itu sama ada kesemua mereka yang terlibat ditahan polis atau mengalami kecederaan.-mStar Online

loading...