Rabu, 10 Mei 2017

Silap Pulak Teka Nama Emak

LELAKI yang ditahan di Kampung Gelam, Melaka, semalam kebingungan tidak dapat memberitahu tarikh lahir atau nama ibu yang tertera dalam sijil kelahiran yang turut ditemui.

Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri menemukan sijil lahir rakyat Sabah, dipercayai palsu, ketika Ops Bersepadu ID JPN dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri.

Ketika ditanya maklumat untuk memastikan kesahihan sijil kelahiran terbabit, lelaki dipercayai warga Filipina, 34, tergamam.

Malah lebih menggelikan hati, dua kali dia meneka nama ibunya seperti tertera dalam sijil kelahiran terbabit dan kedua-dua tekaannya salah.

Lelaki yang diperiksa di rumah di Kampung Gelam, di sini, kira-kira 2 pagi itu, pada awalnya mendakwa nama ibunya Rahmah tetapi menukar pendirian kepada Salmah.

Dia juga membuatkan penguatkuasa terkejut apabila mendakwa Salmah tidak berbinti, sebelum mengukir senyuman sinis, hampir tertawa sendirian.

Lelaki terbabit yang mendakwa penduduk Sabah itu ditahan dan dibawa ke pejabat JPN negeri di Ayer Keroh, untuk siasatan lanjut.-Harian Metro
loading...