Khamis, 4 Mei 2017

Suami Gilis Isteri Hingga Hancur Kerana Marah Dihalang Keluar Rumah.

Garut: Hanya kerana terdapat masalah keluarga, seorang suami sanggup menggilis isteri sendiri dengan menggunakan lori sehingga meninggal dunia dalam keadaan mengerikan.

Mangsa yang berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan teruk dengan hampir separuh dari bahagian badannya berkecai di tengah jalan.

Kejadian yang berlaku semalam dikatakan berpunca daripada kedua pasangan itu yang sedang bertengkar dari dalam rumah hingga ke halaman rumah mereka sehingga dapat didengari oleh jiran tetangga.

Suami mangsa juga dilihat sempat menggunakan kekerasan dengan memukul isterinya beberapa kali kerana cuba menghalang pemergiannya sebelum menggilis isterinya itu.

Ketua polis garut A.K.P Ridwan mengesahkan kejadian nahas tersebut dan berkata pada awal kejadian, mangsa telah melarang suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori untuk tidak pergi pada malam itu selepas bergaduh.

Mangsa yang marah kerana kemahuannya tidak dituruti telah bertindak berdiri dihadapan lori kerana cuba menghalang suaminya, tetapi akhirnya lelaki itu bertindak menggilis tubuh isterinya dan melarikan diri, katanya
loading...