Isnin, 8 Mei 2017

Suami Isteri Didakwa Kerana Memperdagangkan 12 Orang Kanak-kanak Perempuan.

Ipoh – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan melakukan eksploitasi terhadap 12 kanak-kanak perempuan berusia 11 hingga 13 tahun tahun lalu.

Tertuduh, Muslim Ab. Karim, 56 tahun, dan isterinya, Zaleha Mohamad, 54 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kesemua pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan eksploitasi terhadap 12 kanak-kanak perempuan berusia 11 hingga 13 tahun di sebuah rumah di Jalan Perajurit Timur 9, Taman Syabas Baru di sini antara pukul 11.15 malam 7 Oktober 2016 hingga 1.45 pagi 8 Oktober 2016.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didena jika sabit kesalahan. – Kosmo
loading...