Selasa, 9 Mei 2017

Tak Sanggup Berpisah, Adira Bawa Anak Pergi Kerja

Penyanyi Adira akui sudah kembali bekerja seperti biasa sebaik sahaja habis tempoh berpantang.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 25, memberitahu meskipun keluar bekerja namun dia tetap akan membawa bersama anaknya, Anggrek yang lahir 10 Mac lalu.

"Kalau nak ikutkan, saya ni jenis yang tidak boleh duduk saja di rumah dalam tempoh yang lama. Jadi habis saja berpantang saya sudah kembali bekerja.

"Tapi setakat ini saya keluar bekerja untuk memenuhi sekadar sesi fotografi dan beberapa persembahan untuk majlis koporat.

"Setiap kali keluar bekerja memang saya akan bawa anak sekali bersama sebab saya tak boleh berjauhan dengannya dalam tempoh yang lama.

"Tambahan pula Anggerik masih menyusu badan. Tapi jika keadaan tempat kerja saya itu tidak mengizinkan saya akan tinggalkannya bersama pembantu saya di rumah," katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Adira mengakui dia kini lebih memahami perasaan serta tanggungjawab sebagai seorang ibu sejak memegang status tersebut.

"Terus-terang saya katakan, sejak jadi ibu saya lebih faham bagaimana pengorbanan dan perasaan ibu kita yang dulu menjaga dan membesarkan kita.

"Teringat pula saat-saat saya nakal dan tidak mendengar kata-kata mak saya, membuatkan timbul rasa penyesalan.

"Sekarang kita fahamlah kenapa mak marah kalau anaknya tidak dengar cakap. Saya harap anak saya nanti menjadi seorang anak yang baik dan mendengar kata," katanya lagi.

Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015.

Adira yang isteri kedua Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red bernikah di Songkhla, Thailand.Teks oleh: Syafiqah Jalal. - Astro Gempak
loading...