Sabtu, 6 Mei 2017

Video 8 Lelaki Nigeria Halang Tugas Polis Ditahan

Gombak – Polis menahan lapan lelaki warga Nigeria kerana menghalang tugas anggota ketika hendak membuat tangkapan hingga terpaksa melepaskan tembakan di Desa Aman Puri, Sentul, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, ketika kejadian kira-kira jam 6 petang itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pergi ke apartmen berkenaan untuk menangkap terhadap dua lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Kenya berhubung satu kes penipuan.

Katanya, sekumpulan warga Nigeria kemudian tiba-tiba datang dan cuba menghalang anggota daripada membuat tangkapan apabila bertindak membaling botol dan kotak ke arah anggota dengan tujuan cuba menakut-nakutkan mereka.

“Anggota kemudian terpaksa melepaskan beberapa das tembakan di udara bagi memberi amaran memandangkan keadaan semakin tegang dan tidak terkawal demi menjaga keselamatan polis dan suspek yang ditangkap.

“Semua lapan lelaki Nigeria berusia antara 25 hingga 32 tahun itu ditahan tidak lama selepas itu di lokasi kejadian. Tiga suspek kes tipu itu juga turut berjaya ditahan dan dibawa ke IPD Sentul untuk siasatan,” katanya ketika dihubungi BH.

Katanya, tangkapan lapan suspek itu dibuat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugasnya dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

Ali berkata, kawasan apartmen Desa Aman Puri sememangnya lokasi penempatan majoriti warga asing terutama Nigeria dengan pelbagai latar belakang termasuk mereka yang mendakwa pelajar.

Rakaman video kekecohan itu yang tersebar di media sosial sejak malam tadi mendakwa kononny
loading...