Selasa, 30 Mei 2017

Gempar Video Bayi Berjalan Selepas Beberapa Minit dilahirkan.

Kejadian yang menggemparkan dan sukar dipercayai oleh jururawat apabila seorang bayi yang baru lahir dengan sendirinya cuba berjalan dengan menggunakan kakinya yang comel itu hanya selepas beberapa minit dilahirkan.

Petugas-petugas di hospital bersalin Brazil tersebut amat terkejut apabila melihat seorang bayi perempuan di tab mandi yang mempunyai keazaman yang besar untuk berjalan walaupun dia baru sahaja beberapa minit dilahirkan.

Kejadian sebegini baru pertama kali berlaku namun tidak di sangkal juga kerana setiap bayi yang baru lahir mempunyai pemikiran yang sangat berbeza yang kita sendiri tidak terduga.

Dalam video yang ditunjukkan kelihatan seorang doktor sedang memegang bayi tersebut di dadanya dengan menggunakan sebelah tangan sambil bayi tersebut cuba untuk berjalan sendiri dan kejadian ini merupakan satu keajaiban.

Jururawat yang lengkap berpakaian pembedahan dengan topeng klinikal di mulutnya menangis sebak penuh dengan kekaguman sambil berkata, "Oh my gosh, gadis itu berjalan." dalam bahasa Portugis.

Manakala boleh didengari percakapan orang lain di dalam bilik tersebut yang berkata, "Tunggu, biarlah saya rakamkan kejadian ini dulu".

Kelihatan dalam video tersebut bahawa petugas tersebut cuba untuk menjelaskan keadaan beliau itu yang cuba untuk memandikan bayi tersebut tetapi bayi tersebut hanya mahu bangun dan terus berjalan.

"Saya cuba untuk mencuci beliau di sini, namun dia terus bangun dan berjalan", katanya sambil menunjukkan keadaan dia yang pada mulanya cuba untuk meletakkan bayi tersebut ke bawah untuk tujuan mamandikannya tetapi sebaliknya berlaku.

"Dia telah berjalan dari sini ke sini," katanya sambil menunjukkan jarak bayi yang baru lahir tersebut berjalan.

Video tersebut telah dimuatnaik ke media sosial pada hari Jumaat yang lepas dan sejak itu lebih dari 50 juta penonton dan 1.3 juta daripadanya di Facebook.

Rata-rata penonton video tersebut telah melahirkan kekaguman berhubung kejadian tersebut dan menganggap cubaan bayi kecil tersebut untuk berjalan merupakan sesuatu yang ajaib.

Lambang yang tertera pada jubah petugas tersebut menunjukkan seperti dia bekerja di Hospital Santa Cruz yang terletak di bandar di negeri Rio Grande do Sul, Selatan Brazil, namun ianya masih belum disahkan lagi sama ada benar-benar berlaku di situ atau di tempat lain.

Kebiasaannya bayi yang baru dilahirkan mengambil masa kira-kira 12 bulan untuk berlajar berjalan dan bayi yang baru lahir biasanya akan mula belajar perkara lain dahulu sebelum berjalan seperti pergerakan anggota badan, koordinasi mata, duduk dan merangkak terlebih dahulu sebelum mula berjalan.
loading...