Sabtu, 6 Mei 2017

Video CCTV Berjaya Merakam Wanita Dengki Guna ILMU HITAM Di Kedai Makan

Selayang: Doa seorang peniaga agar Allah memberi petunjuk selepas mengesyaki ada pihak sabotaj perniagaannya termakbul apabila dia telah berjaya merakam seorang wanita yang sedang mengenakan ilmu hitam di kedainya di pasar pagi selayang baru.

Menurut Nazirah Nejam pemilik kedai makanan berkata, kejadian seumpama ini telah beberapa kali berlaku. Kami tidak tahu siapa yang berdengki dengan kami sehinggakan beberapa kali kejadian orang melemparkan beberapa benda yang tidak sepatutnya di kedai kami.

Sebelum ini saya dan suami terjumpa bangkai ayam, bangkai babi, darah ayam, kucing hitam yang dipenggal kepala dan macam-macam lagi yang di buang di kedai kami

Sebelum ini kedainya tidak memiliki CCTV namun oleh kerana kejadian ini sering berulang maka suami memutuskan untuk memasang CCTV bagi mencari dalang kepada kejadian ini.

Setelah memasang CCTV, semalam CCTV telah berjaya merakam sebuah kereta merah yang telah memeberhentikan seorang wanita berhadapan kedai kami lalu mencampakkan sesuatu di kedai kami. Namun malangnya No Plat kereta itu tidak dapat dirakam.

Orang yang berhasad dengki hidupnya tidak akan tenteram. Dia bukan sahaja dimurkai oleh Allah SWT, malah pemikirannya juga sentiasa bercelaru kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Sifat dengki akan mewujudkan permusuhan. Manusia seperti ini sentiasa merasakan dialah yang terbaik, jadi dia akan gelisah jika ada orang lain melebihinya.


Gambar yang di ambil sebelum pasang CCTV.

loading...