Ahad, 7 Mei 2017

Video Jurulatih MMA Menewaskan Guru Tai Chi, Dalam Tempoh 10 Saat.

Beijing: Seorang ahli perniagaan China menawarkan hadiah berjumlah 10 juta yuan (RM6.3 juta) kepada sesiapa yang mampu menewaskan jurulatih seni tempur campuran (MMA) yang mencetuskan perdebatan di media sosial selepas memperkecilkan seni bela diri tradisional.

Pengasas syarikat minuman Tiandi, Chen Sheng menawarkan hadiah itu bagi mempertahankan maruah seni bela Cina selepas jurulatih MMA, Xu Xiaodong menewaskan guru tai chi, Wei Lei dalam tempoh 10 saat.

Hadiah wang tunai itu dibahagikan untuk lima perlawanan berasingan menentang Xu yang secara terbuka mencabar pengamal seni mempertahankan diri tradisional Cina di seluruh negara.

Chen juga membenarkan Xu mengambil hadiah berkenaan sekiranya dia memenangi pertandingan berkenaan.

“Saya mahu Xu sedar, dia menggunakan cara kasar untuk memprovokasi budaya tradisional Cina dan dia bakal menerima balasannya,” katanya.-Harian Metro
loading...