Sabtu, 6 Mei 2017

Video Kepala Budak Nakal Sangkut Celah Pintu Kaca.

Beijing: Kerana kenakalannya, kepala seorang kanak-kanak terperangkap antara dua pintu kaca di sebuah hospital di wilayah Guangdong.

Rakaman disiarkan di laman MiaoPai menunjukkan budak lelaki itu berdiri di pintu masuk di tingkat satu Hospital Rakyat Raoping, Chaozhou, dengan kepalanya berada di celah dua pintu selepas dia cuba menyelitkan diri dalam ruang kecil berkenaan.

Bomba terpaksa dihubungi selepas kanak-kanak itu gagal dilepaskan oleh orang ramai.

Budak itu dipercayai cuba meloloskan dirinya antara pintu berkenaan untuk masuk ke ruang utama di tingkat satu tetapi malangnya kepalanya saja yang ‘lepas.’

Berdasarkan rakaman video, ruangan itu terlalu kecil dan hanya mampu memuatkan tangan seorang dewasa.

Orang ramai cuba membantu budak berkenaan dengan memegang kepalanya untuk membantu menyokongnya.

Ibu kanak-kanak itu juga berada di situ. Bomba hanya mengambil masa beberapa minit untuk melepaskannya dan budak itu dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Harian Metro
loading...