Khamis, 4 Mei 2017

Video Langgar Lari Di Lebuh Raya, Netizen Dedah Pemandu Ford Fiesta.

Sepotong video yang dirakam dari sebuah kenderaan yang memaparkan kejadian langgar lari sebuah kereta jenis Ford Fiesta tular di media sosial.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada petang semalam di sekitar Rawang, Selangor.
  
Netizen yang berang dengan tindakan pemandu kenderaan itu yang melarikan diri selepas melanggar sebuah kenderaan lain di lebuh raya bertindak agresif mencari identiti lelaki itu dan berkongsi di ruangan Facebook.

Kenderaan jenis Ford Fiesta nombor pendaftaran BLU 4724 berwarna biru itu dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki berbangsa India, Hariharen Annadurai, 23.

Menurut carian yang dilakukan netizen, pemandu itu cuba menguji kelajuan kereta yang baru diubah suai di jalan raya menurut perkongsian di laman Facebook milik lelaki itu.

Keadaan mangsa dan kenderaan yang dilanggar bagaimanapun tidak dapat dipastikan setakat ini.

Dalam perkembangan sama, Hariharen tampil memberikan penjelasan.

Menurut Hariharen dalam sebuah ruang komen di Facebook malam tadi, kereta itu dipandu oleh sahabatnya dan telah dilanggar lari oleh pemandu lain ketika diletakkan berdekatan kediaman sahabatnya itu.

Hariharen memaklumkan dia bakal membuat laporan polis dan meminta agar video terbabit dipadamkan.-Astro Gempak
loading...