Isnin, 29 Mei 2017

Video Lelaki Bakar Motor Cuba Bunuh Diri Di Stesen Minyak

Yibin, Sichuan- Seorang lelaki telah ditahan dalam satu kejadian cubaan membunuh diri yang boleh membahayakan nyawa orang awam yang berada di sekelilingnya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di stesen minyak Sinopec di Yibin, Sichuan,  lelaki tersebut dikatakan berhenti di stesen tersebut bagi mengisi minyak namun dengan tiba-tiba selepas habis mengisi minyak dia telah memetik api ke arah tangki minyak motornya bagi tujuan membakar motor tersebut.

Selepas membakar motornya dia telah cuba melompat ke dalam api yang sedang marak bagi tujuan membunuh diri tetapi pekerja stesen tersebut berjaya menarik lelaki tersebut jauh dari kawasan kebakaran bagi menyelamatkannya.

Dengan tindakan yang pantas pengurus stesen bersama pekerja-pekerja stesen tersebut mengambil alat pemadam api yang ada di stesen minyak serta menarik motor tersebut jauh dari pam minyak telah berjaya memadamkan kebakaran serta mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.

Hanya dalam tempoh empat minit sahaja kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan.

Dalam kejadian yang berlaku dengan pantas tersebut, pengurus stesen telah mengalami kecederaan ringan melecur pada tangan dan dahi.

Beliau serta empat anggota pasukannya telah di berikan ganjaran oleh Stesen Sinopec sebanyak 65,000 yuan bagi tindakan pantas mereka dan keberanian mereka dalam mengendalikan situasi begitu.

Lelaki tersebut yang di kenali sebagai Arsonist telah ditahan oleh pihak polis kerana tindakan bahayanya itu dan kejadian tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis bagi mengenal pasti punca lelaki tersebut bertindak begitu.
loading...