Rabu, 3 Mei 2017

Video Lelaki Suluh Tangki Minyak Guna Pemetik Api

JAMBYL - KAZAKHSTAN . Seorang lelaki belajar 'cara susah' mengapa sumber api dilarang menghampiri bahan mudah terbakar.

Menurut laporan Malaysian Digest, lelaki berkenaan menggunakan pemetik api untuk melihat jika tangki minyaknya sudah penuh.

Dalam sebuah rakaman CCTV, kebakaran berlaku sejurus selepas beliau menyalakan pemetik apinya.

Sebelum kejadian berlaku, beliau sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di bandar Taraz di Jambyl, Kazakhstan.

Akibat 'keterlanjuran' mangsa, dua buah kenderaan lain milik pengunjung stesen minyak berkenaan juga terbakar.

Akhirnya, beberapa individu dipercayai kakitangan stesen memadamkan kebakaran menggunakan pemadam api.

Rakaman CCTV yang tular menyebabkan perbuatan lelaki tersebut mendapat kecaman di media sosial.

"Betul-betul bodoh, budak kecil pun tahu jangan main api di stesen minyak," kata Irina Tyushnyakova di Facebook.-Sinar Harian
loading...