Isnin, 15 Mei 2017

Video Lelaki Tayang Punggung Atas Pentas Dalam Siaran Langsung.

Seorang lelaki yang melompat di atas pentas Eurovision dengan membalut badannya dengan bendera Australia dan kemudian melondehkan seluar di atas pentas hingga menampakkan punggungnya, berdepan dengan hukuman penjara lima tahun.

Vitalii Sediuk yang berasal dari Ukraine, berbuat demikian ketika penyanyi Jamala sedang membuat persembahan dan aksi kurang ajar itu dilakukan di hadapan berjuta-juta penonton yang menyaksikan rancangan tersebut di serata dunia.

Insiden itu menjadi perkara yang hangat diperkatakan. Polis Ukraine tidak melihat ia sebagai satu lawak.

“Ketika persembahan oleh Jamala, lelaki itu memutuskan untuk menjadikan hobinya itu sebagai kerja tidak rasmi,” kata Menteri Dalam Negeri Ukraine, Arsen Avakov.

Sediuk sebelum ini terkenal kerana `menyerang’ Kim Kardashian di Paris tahun lepas, hanya beberapa hari sebelum selebriti berkenaan dirompak.

Dia juga telah merempuh Brat Pitt di Los Angeles dan pernah ditampar oleh Will Smith ketika cuba mencium pipi pelakon berkenaan dalam satu majlis di Moscow.

Pertandingan Eurovision itu dimenangi oleh Salvador Sabral dari Portugal.-Suara.TV

loading...