Rabu, 17 Mei 2017

Video: Netizen Samakan Izara Aishah Dengan Maria Ozawa

Selepas video yang memaparkan Izara Aishah dalam keadaan seksi tersebar melalui media sosial, kini ada netizen yang menyamakan pelakon berkenaan dengan dengan pelakon filem porno Jepun, Maria Ozawa.

Rata-rata daripada netizen di Facebook mengelarkan Izara sebagai Maria Ozawa Malaysia selepas video dia menghadiri sebuah majlis pertunjukan fesyen Melium Style Rocks 2016 didedahkan.

Sementara Maria pula merupakan pelakon filem porno yang terkenal di seluruh dunia. Baru-baru ini nama Maria menjadi trending di Malaysia gara-gara dia memuatnaik gambar sedang bercuti di Kuala Lumpur.

“Maria Ozawa 1 – 1 Izara Aishah” tulis Are Piah.

“Maria Ozawa Malaysia, hahaha,” Tulis Mohammad Syawal Fitri disertakan dengan gambar Izara

“Tak dapat maria Ozawa, Izara Aishah Pun jadilah,” ujar Mohamad Farezzul Kasim.

“Maria Ozawa… Izara Aishah… Power la uoll…Susah nak cakap,”kata Tora Tora.

“Maria Ozawa Or Izara Aishah, Which one is better?” tulis SergioMayer. Ini adalah antara komen nakal netizen dalam media sosial.

Selepas video berkenaan tersebar, Izara Aishah telah membuat permohonan maaf diatas kesilapannya itu dan menganggap ia sebagai dugaan daripada Allah.-Suara.TV

loading...