Isnin, 8 Mei 2017

Video Pelakon Porno Meraung Digigit Jerung

Seorang pelakon filem porno terpaksa menerima 20 jahitan selepas digigit oleh ikan jerung ketika menjalani penggambaran filem lucah di Florida.

Molly Cavalli, yang memakai baju renang itu, pada mulanya gembira tatkala dia dimasukkan ke dalam sangkar yang diturunkan ke dalam air. Molly turut menari-nari di depan kamera.

Namun kegembiraan itu berakhir apabila jerung sepanjang 10 kaki telah menggigit pergelangan kakinya menyebabkan Molly menangis dan menjerit kesakitan.

Kejadian itu hanya berlaku beberapa saat selepas Molly dibawa turun ke dalam air. Ketika dia meronta-ronta kesakitan, darah kelihatan menitik daripada kakinya itu.

Molly kemudiannya dibawa naik ke dalam bot dan telah dikejarkan ke hospital. Dia bagaimanapun mendakwa kecederaan yang dialaminya itu tidak serius.-MYNEWSHUB.CC
loading...