Khamis, 18 Mei 2017

Video Pelancong Pukul Budak Berusia 10 Tahun, Penjaga Tandas Awan

Bangkok – Satu rakam video CCTV tersebar luar di media sosial, ia menunjukkan pelancong warga asing memukul budak berusai 10 tahun yang merupakan penjaga tandas awam.

Pelancong berkenaan dikatakan telah bertengkar dan bertindak mengasari penjaga tandas awam berkenaan apabila diminta menjelaskan bayaran kerena mengunakan tandas awam.

Video dan gambar semua enam warga asing itu melibatkan tiga pasangan dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis itu.

Menerusi video itu, salah seorang lelaki warga asing itu berulang kali memukul dan menolak budak lelaki yang juga penjaga tanda itu ke dinding.

Menurut sumber yang diterima penjaga tandas itu hanya berusia 10 tahun, manakala pelancong lelaki itu berusia antara 30 dan 40 tahun.

Sebaik seorang lagi penjaga tanda berlari untuk membantu rakannya, pelancong berkenaan melarikan diri. 

Pengguna Facebook menawarkan habuan sebanyak Bt5,000 (RM6,250) kepada pihak yang membantunya mengesan seorang pelancong asing kerana enggan membayar Bt10 (RM1.25) untuk menggunakan kemudahan awam di Jalan Bangla, di sini.-– The Nation/Asia News Network.

loading...