Sabtu, 27 Mei 2017

Video Penyampai Terkejut Anjing Masuk Studio Mahu Baca Berita

Seorang pembaca berita terkejut apabila seekor anjing muncul secara tiba-tiba di sebelahnya ketika bersiaran.

Menurut Mirror.UK, pada mulanya, kedengaran salakan anjing namun tidak semena-mena haiwan tersebut membuat kemunculan khas dengan bertenggek di sebelah penyampai televisyen wanita tersebut.

Petugas di stesen televisyen Mir24 TV, Ilona Linarte yang sedang kaget itu cuba mengawal keadaan.

“Inilah sebab kenapa saya sukakan kucing.

“Ada anjing di sini, apa yang dia sedang buat di studio ini?” katanya.

Mengikut wakil stesen televisyen Rusia itu, anjing berwarna hitam jenis Labrador itu merupakan sebahagian daripada tetamu untuk sebuah program lain namun terlepas masuk ke studio berita.Suara.TV
loading...