Jumaat, 19 Mei 2017

Video Pilu Anjing Menangis Kena Racun Kerana Gagalkan Cubaan Pencuri.

Anjing merupakan spesis binatang yang di anggap paling setia serta rapat dengan manusia, dan anjing juga sering di gunakan sebagai penjaga rumah yang paling boleh dipercayai.

Hanya dengan meletakkan anjing sebagai penjaga rumah boleh membuatkan tuan rumah berasa lebih selamat dan tidur dengan lena, anjing yang dipelihara akan tetap setia menjadi penjaga rumah serta menjadi sahabat yang paling rapat dengan kita.

Telah kita ketahui bahawa anjing lebih setia berbanding manusia dan anjing juga sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan tuannya dari sebarang bahaya yang mendatang.

Baru-baru ini terdapat satu kejadian yang sangat menyayat hati yang berlaku Merauke Papua, dimana seekor anjing menangis sebelum mati akibat diracun oleh seseorang individu yang dipercayai pencuri yang ingin mencuri di kediaman rumah tuannya..

Pencuri berkenaan dikatakan geram akibat usahanya yang hendak mencuri di rumah Achy Wijaya digagalkan oleh salakan anjing peliharaannya menyebabkan dia meracuni anjing tersebut.

Achy menceritakan kejadian tersebut bermula, “beberapa hari yang lalu ketika tengah malam, rumah kami di intai oleh orang yang tidak dikenali, namun gagal masuk kerana anjing peliharaan kami telah menyalak dengan kuat.” Cerita Achy, seperti dikutip dari porta Lintas Komering.

Walaupun kami telah berusaha memberikan bantuan kecemasan, namun tetap tidak berjaya menyelamatkan anjing kami diracun oleh orang yang tidak bertanggung jawab.”kata Achy

“Sudah di berikan susu, minyak sayur setengah liter dan air kelapa, tapi masih saja tidak selamat, kami mahu membawa ke doktor haiwan, tapi kami di papua doktor haiwan hanya ada di Dinas Peternakan, dan kejadian tersebut berlaku pada hari minggu, dinas tersebut tutup.” Cerita Achy 
loading...