Khamis, 4 Mei 2017

Video: Polis Buru Suspek Kedua Dan Penyebar Video OKU Yang Mati Dipukul.

Raub – Seorang lelaki berusia 40-an telah ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang maut setelah parah dipukul dua batang besi di Taman KSM Sungai Ruan, di sini 29 April lalu.

Dalam kejadian yang tular di laman sosial menerusi video berdurasi 1.07 minit itu menununjukkan dua lelaki dipercayai dua beranak memukul seorang lelaki lain menggunakan dua batang besi menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian berkenaan yang berlaku pada pukul 7.50 malam, 29 April lalu.

Menurutnya, mangsa, Chin Yook Sin, 55, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raub pada keesokan harinya.


“Kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihak polis kini sudah mengenal pasti dan mencari seorang lagi suspek serta penyebar video tular berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini . – Kosmo
loading...