Kuala Lumpur – Polis meminta kerjasama orang ramai yang
mempunyai maklumat berhubung kejadian samun berparang di sebuah restoran di
Taman Melawati yang kini viral dalam media sosial, untuk tampil membantu
siasatan kes itu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah
Alias berkata, polis kini menjalankan siasatan berdasarkan rakaman televisyen
litar tertutup (CCTV) dari restoran berkenaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu
diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397
Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata,” katanya ketika
dihubungi hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam semalam, enam lelaki
bersenjatakan parang dan memakai topi keledar meluru masuk ke premis berkenaan
dengan mengacukan parang sebelum mengarahkan mangsa untuk menyerahkan barangan
berharga.
Mangsa antaranya ialah pekerja serta pelanggan restoran itu
dan kerugian yang dialami sebanyak RM29,745. – Bernama
Disqus comments