Isnin, 1 Mei 2017

Video Tangan Kanak-Kanak Patah Tersepit Dalam Rim Motosikal

Seorang kanak-kanak lelaki patah tangan kiri selepas tersepit pada rim motosikal yang sedang dinaiki bersama ibunya di Jalan Simpang Kuala, dekat sini, petang tadi.

Mangsa yang berusia tujuh tahun membonceng motosikal bersama seorang wanita dipercayai ibunya kira-kira jam 1.50 petang.

Mangsa dikatakan terjatuh dari tempat duduk dan tangan kirinya tersepit di jejari rim motosikal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dikejarkan ke lokasi untuk membantu selepas menerima panggilan jam 1.58 petang.

“Sebaik tiba, tangan mangsa yang tersepit pada rim sudah dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan pihak kami segera memberikan bantuan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
loading...