Khamis, 11 Mei 2017

Vidoe Pengawal Raba Buah Dada Penumpang Wanita Ditangkap.

ZHENGZHOU - CHINA . Seorang pengawal pemeriksa keselamatan di sebuah terminal bas ditangkap selepas video rakamannya meraba penumpang menjadi tular.

Menurut laporan Shanghaiist, pengawal berkenaan menggunakan sebuah alat khas untuk mengesan objek besi dengan cara melalukannya di atas badan penumpang lelaki.

Sebaliknya, apabila tiba giliran penumpang wanita, pengawal tersebut menggunakan tangannya untuk meraba buah dada sehingga ke bahagian perut.

Pengawal tersebut ditangkap polis Jumaat lepas selepas seorang wanita membuat aduan mengenai tindakan 'gatal' pengawal terbabit.-Sinar Harian

loading...