Sabtu, 20 Mei 2017

Wanita Culik Bekas Kekasih Dalam Majlis Perkahwinan.

Percintaan yang terhenti di pertengahan jalan pasti sangat mengecewakan bagi setiap pasangan yang bercinta, apatah lagi bila mengetahui bahawa bekas kekasih yang masih di cintai akan berkahwin dengan orang lain.

Namun begitu hidup harus diteruskan, terus mara ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi, itulah yang sepatutnya dilakukan.

Akan tetapi berbeza pula dengan seorang wanita yang sanggup bertindak nekad ‘menculik’ bekas kekasihnya dalam satu majlis perkahwinan lelaki tersebut dengan perempuan lain di Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Indiatoday, Ashok Yadav, 24 tahun, dikatakan baru sahaja selesai bertukar-tukar kalungan bunga dengan wanita yang dikahwininya sebelum membuat ikrar perkahwinan dengan mengelilingi api mengikut istiadat Hindu.lapor mynewshub

Bagaimanapun, tiba-tiba dua kenderaan SUV berhenti di pintu masuk lokasi majlis dan 10 orang keluar dari kenderaan tersebut diketuai oleh seorang wanita yang memegang pistol yang diacukan ke kepala Yadav.

Mereka kemudian melarikan diri bersama pengantin lelaki terbabit.

Wanita bersenjata yang menculiknya dikenal pasti sebagai Bharti, bekas kekasih Yadav yang tidak dapat menerima hakikat bahawa lelaki bertuah itu dapat berkahwin dengan wanita lain.

Bharti rakan sekerja Yadav di sebuah hospital kerajaan dan sudah menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan sebelum Yadav berkahwin.

Sementara itu, bapa Yadav, Ramhet berkata, dia meminang wanita yang akan dijodohkan dengan anaknya bulan lalu.

Ketika menculik Yadav, Bharti dilaporkan memberitahu tetamu di majlis itu bahawa mereka sudah bercinta sejak 10 bulan lalu dan kemudian menghentak kepala Yadav sebelum melarikannya.

Gadis itu sambil menjerit turut memberitahu bahawa dia akan memastikan lelaki itu menjadi suaminya walaupun terpaksa mengancamnya dengan pistol.

Polis kini memburu Bharti dan mangsanya.
loading...