Isnin, 8 Mei 2017

Wanita Punggung Besar, Rupa-Rupanya Bawa Dadah.

Arizona – Rancangan seorang wanita menyeludup dadah dengan mengikatnya pada punggungnya gagal apabila dia dtahan pegawai kastam di sini kata Pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.

Menurut Agensi, katanya wanita berusia 47 tahun itu yang berasal dari Arizona ditahan bersama-sama dadah bernilai AS$45,000 (RM20,000) ketika menyeberang sempadan dari Mexico ke Nogales, lapor Metro.

Dia yang berjalan kaki ketika memasuki sempadan Amerika Syarikat mencetuskan kecurigaan pegawai kerana punggungnya kelihatan begitu besar.

Pegawai yang menahan dan menyiasatnya menemui hampir 1.3 kilogram heroin dalam bungkusan di dalam seluarnya.-Suara.TV

loading...