Isnin, 1 Mei 2017

Yusry Dan Lisa Umum Nama Bayi Lelaki.

Pasangan selebriti, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani memilih Yusof Leonne sebagai nama anak lelaki mereka.

Yusry mengumumkan nama bayi comel tersebut di laman sosial, Instagramnya bersempena majlis tahnik yang berlangsung semalam.

“Alhamdulillah, selesai majlis tahnik anak lelaki kami, Yusof Leonne Bin Yusry petang tadi. Terima kasih Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri kerana membawa Ustaz Fahmi dan Ustaz Badri untuk menyempurnakan majlis,” katanya.

Lisa selamat melahirkan Yusof iaitu anak kedua pada pukul 7.10 pagi di sebuah hospital swasta pada 23 April lalu.

Pasangan selebriti itu bernikah pada 24 Februari 2012 dan dikurniakan anak sulung, Yahaira pada 15 September 2015.
loading...