Isnin, 26 Jun 2017

5 Gambar Doktor Beli Patung Seks Atasi Kesunyian Hidup.

Hidup berseorangan sememangnya akan membuatkan kita semakin kesunyian apatah lagi jika selama ini ada sesorang di sisi kita yang amat kita sayangi yang kemudiannya telah pergi meninggalkan kita, kesannya pasti amat d rasai.

Itulah yang berlaku kepada seorang bekas doktor yang telah kehilangan isteri tercintanya akibat daripada penyakit yang di hidapi oleh isterinya itu.

Selepas kematian isterinya akibat kanser pankreas pada Ogos tahun lepas, hidup seorang warga emas, Zhang Wenliang, 70tahun, menjadi tidak keruan, apatah lagi sepanjang 40 tahun perkahwinan dengan isterinya itu, mereka tidak mempunyai anak.

Mengikut laporan dari Suara.TV, bagi mengatasi kesunyiannya, Zhang, yang merupakan bekas doktor dan berasal dari Chongzhou, China itu, telah membeli patung seks berharga £1,833 bagi menggantikan isterinya.

“Saya membantu orang ramai dalam merawat penyakit mereka tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa dengan isteri saya,’’ katanya.

Selepas sebulan kematian isterinya, Zhang membeli patung terbabit yang boleh menghasilkan bunyi manakala suhunya boleh dikawal.

“Saya tidak membawanya keluar. Saya mahu hidup di rumah dengannya dan merenungnya setiap hari. Ini adalah isteri saya,’’ katanya yang turut memakaikan pakaian isterinya pada patung terbabit.

Jelasnya, patung itu bukan semata-mata memenuhi keperluan fizikalnya tetapi turut memberikan kegembiraan kepadanya ketika dia merindui isterinya.

Selepas membeli patung itu, Zhang telah memencilkan diri daripada masyarakat kerana bimbang kesan negatif terhadap imej dan reputasinya sebagai bekas doktor.

Malah jika rakan-rakannya mahu mengunjungi Zhang, dia meminta mereka memberikan notis lebih awal agar dia dapat menyembunyikan patung seks berkenaan.

Namun selepas enam bulan digunakan, anak patung itu mengalami kerosakan dan Zhang kini bercadang untuk menyaman pengilangnya. - Suara.TV



loading...