Selasa, 20 Jun 2017

5 Gambar Ngeri Lelaki Tetak Nenek, Isterinya Dan Bapa Mentua

Pahang - Seorang lelaki dikatakan telah menetak mati nenek serta telah mencederakan isteri serta bapa mentuanya dalam satu kejadian.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang orang asli telah melakukan perbuatan tersebut di Kampung Pagar, Kuala Lipis semalam.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira pada pukul 8 pagi semalam,suspek yang dikatakan telah mengalami masalah gangguan mental sebelum bertindak mati neneknya berusia 76 tahun.

Suspek dikatakan telah menetak neneknya kerana dikatakan mahu membawa suspek berjumpa tok batin bagi menerima rawatan gangguan mental yang di alaminya itu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, hasil siasatan mereka mendapati bahawa suspek terlebih dahulu telah mencederakan muka isterinya yang berusia 21 tahun dengan menggunakan bara api di kediaman kakaknya sebelum ke rumah neneknya untuk meminta makanan.

"Mangsa yang memberitahu bahawa tiada makanan dan ingin membawa suspek ke rumah tok batin untuk merawatnya, suspek terus bertindak mengambil parang yang berada di rumah terbabit dan terus menetak leher mangsa.

Kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat daripada kecederaan yang di alami olehnya.

Menurut laporan, selepas menetak neneknya itu suspek kemudiannya telah pulang semula ke rumahnya dan berlaku pertengkaran di antara dia dengan bapa mertuanya yang berusia 56 tahun menyebabkan dia turut cuba untuk menetak bapa mertuanya itu.

Namun bapa mertuanya itu dikatakan bernasib baik kerana tetakkan tersebut yang mengenai belakang badan serta lehernya tetapi tidak meragut nyawanya.

Azry Akmar berkata, suspek berjaya ditangkap hasil bantuan seorang lelaki yang menyaksikan pergelutan itu.

"Suspek diikat sementara menunggu kehadiran polis. Dia ditahan 3.50 petang semalam dan kini siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Harian Metro




loading...