Selasa, 13 Jun 2017

Beberapa Fakta Mengenai Artis Cantik Ini Yang Membuatkan Ramai Terkejut.

Siapa menyangka artis yang sedang meningkat naik ini mempunyai satu rahsia yang amat besar dan bukan semua orang mengetahuinya.

Memiliki rupa paras yang cantik, Yoshi Rinrada kini semakin terkenal di Thailand dan dia bukan sahaja menjadi pelakon malah dikatakan turut terlibat dalam bidang modeling.

Namun disebaliknya kecantikannya itu, jangan terkejut kerana Yoshi sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki.

Melihat kepada rupa parasnya ramai yang tidak menyangka bahawa Yoshi sebenarnya merupakan seorang mak nyah dan ternyata dia mendapat perhatian daripada lelaki dan perempuan disebabkan oleh wajahnya itu.

Dia kini meningkat secara mendadak sebagai model mak nyah dan semakin popular di negara berkenaan. Ramai peminatnya yang percaya dia merupakan pesaing kepada seorang lagi model mak nyah Thailand, Nong Poy.

Bakatnya mula dikesan selepas Yoshi memenangi pertandingan ratu cantik mak nyah ketika masih menuntut. Instagram Yoshi kini mempunyai kira-kira 500,000 peminat.-Suara.TV


loading...