Khamis, 15 Jun 2017

Bintang You Tube Didakwa Atas Tuduhan Pornografi Kanak-kanak.

Bintang Youtube Austin Jones, 24, yang diminati ramai telah bertindak agak keterlaluan apabila dikatakan telah menyuruh peminat-peminatnya untuk membuat video seks untuknya.

Jones dihadapkan dengan tuduhan pornografi kanak-kanak selepas meminta gadis remaja untuk ‘membuktikan’ bahawa mereka benar-benar peminatnya dengan video seks.

Jones, 24, ditahan di Lapangan Terbang O’Hare Chicago pada Isnin lalu.

Penyanyi yang telah mengumpulkan lebih 500,000 pengikut ini menerusi nyanyian acapellanya, telah didakwa menggunakan Facebook dan iMessage untuk mendapatkan video seks daripada gadis-gadis remaja sekaligus mendesak mereka untuk “membuktikan” bahawa mereka adalah peminat yang paling besar.

Mangsa-mangsa berkenaan dipercayai masih lagi bawah umur iaitu dalam lingkungan usia 14 tahun.

Menurut Chicago Sun Times, Austin kini dalam tahanan dan akan dibicarakan di mahkamah. Jika sabit kesalahan, Austin akan berdepan hukuman sekurang-kurangnya penjara 15 tahun.
loading...