Selasa, 13 Jun 2017

Budak 13 Tahun Dipenjara 20 Tahun, Bunuh Lelaki Yang Cuba Merogol Ibunya.

Mexico - Seorang budak berusia 13 tahun didapati bersalah kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun atas kesalahannya itu.

Mengikut daripada sumber, ketika kejadian perompak yang di bunuh tersebut telah memecah masuk ke rumah budak berusia 13 tahun tersebut yang ketika itu hanya dia serta ibunya berada di rumah.

Perompak tersebut telah memukul ibu kepada budak tersebut dengan teruk serta cuba merogol ibunya, budak tersebut yang mendengar ibunya yang menangis kerana kesakitan serta menjerit meminta tolong cuba untuk membantu ibunya itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar ibunya merintih meminta pertolongan akhirnya budak tersebut telah mengambil senjata kepunyaan ayahnya serta melepaskan beberapa das tembakan ke arah perompak tersebut yang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian.

Namun begitu, berita mengenai budak tersebut yang telah menembak mati orang yang tidak dikenali tersebut mendapat perhatian daripada seluruh dunia kerana budak tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun.

Ianya sesuatu yang amat menyedihkan kerana budak tersebut telah dianggap bertindak secara keterlaluan serta kes tersebut dibicarakan seperti kes orang dewasa menyebabkan dia dihukum penjara 20 tahun kerana tiada sebarang bukti yang membuktikan dia tidak bersalah.
loading...