Khamis, 15 Jun 2017

Guru Ditahan Liwat Murid 12 Tahun Lebih 50 Kali.

Seorang guru tergamak meliwat murid berusia 12 tahun
Gambar hiasan
Sibu - Seorang guru tergamak meliwat murid berusia 12 tahun lebih 50 kali, perbuatan kotor guru tersebut hanya terbongkar selepas sepasukan pegawai serta anggota polis bertindak menahan suspek di Kapit pada pagi semalam.

Menurut laporan yang dipetik dari Berita Harian, guru berkenaan telah ditahan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah menerima satu laporan yang dibuat oleh seorang guru lain yang menerima aduan dari mangsa kejadian.

Menurut pihak polis laporan berkenaan telah dibuat sejak kelmarin lagi serta usaha menjejaki suspek hanya berhasil pada pagi semalam membawa kepada penangkapan guru berusia lingkungan 40-an itu bagi membantu siasatan.

Mengikut keterangan pihak polis, "Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, pelajar berkenaan yang kini berusia 14 tahun telah mengalami peristiwa hitam tersebut sejak dia berusia 12 tahun ketika dia sedang berlajar di sebuah sekolah rendah di Kapit".

"Mangsa dikatakan telah diliwat oleh guru berkenaan dalam bulan Ogos Hingga Disember 2015 sebanyak lebih 20 kali di Kuarters guru dan di sebuah hotel murah yang terdapat di bandar tersebut".

Mangsa telah pun berpindah sekolah lain di Mukah akibat daripada tekanan serta trauma dengan kejadian yang menimpanya, namun walaupun dia telah berpindah sekolah lain dia tetap menjadi mangsa pemuas nafsu songsang guru terbabit.

Mangsa sendiri telah mendakwa sepanjang tahun lalu sahaja dia telah di liwat oleh guru terbabit lebih daripada 30 kali di sebuah rumah di Kemunyang serta hotel bajet.

Pada tahun ini sahaja antara bulan Febuari sehingga Mei suspek telah meliwat mangsa berkali-kali di Mukah.

Oleh kerana sudah tidak tahan lagi dengan tekanan yang dialaminya itu, mangsa telah bertindak mengadukan perkara tersebut kepada seorang guru di sekolah barunya itu sehingga membawa kepada penahanan suspek terebut.

Suspek kini telah ditahan reman di Balai polis Kapit dan kes berkenaan akan di siasat di bawah Seksyen 377 C iaitu atas kesalahan melakukan seks di luat tabii.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau ketika ditemui membuat pengesahan penahanan suspek dan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan lanjut pihak polis.-Wartawan Jalanan
loading...