Jumaat, 23 Jun 2017

Guru Terima Padah Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Pelajar

United Kingdom - Seorang guru wanita kantoi menjalinkan hubungan sulit dengan pelajarnya yang berusia 17 tahun.

Selama 10 bulan menjalinkan hubungan sulit akhirnya kontoi selepas guru itu juga sering membawa ‘kekasihnya’ ke restoran dan adegan mesra dan bercium telah dilihat beberapa pelajar lain.

Menurut laporan mStar Online, Amena Nazam-Khan, 35, seorang guru yang sudah berkahwin, menghantar gambar dan mesej lucah kepada pelajarnya.

Lebih jijik lagi guru itu menggelar dirinya sebagai ‘baby’ dan pelajar itu ‘The A Team’.

Amena telah digantung mengajar pada Ogos lepas selepas kes berkaitan dirinya  dilaporkan kepada pengetua Sekolah Tinggi Tong, Bradford.

Difahamkan bekas penyanyi kumpulan One Direction, Zayn Malik pernah bersekolah di sekolah tersebut.

Malah, Amena yang turut menafikan dakwaan ke atas dirinya masih meneruskan hubungannya dengan pelajar tersebut selama dua bulan lagi sebelum berpisah.

Guru itu akhirnya mengakui melakukan hubungan seks dengan pelajar tersebut dan mengakibatkan dia tidak dibenarkan mengajar seumur hidup. - mStar Online
loading...