Ahad, 11 Jun 2017

Isteri Seorang Yang Pemarah, Belikan Makanan Pun Kena Marah.

Sebagai seorang ketua keluarga pasti menginginkan dirinya di hormati dan yang paling penting dia akan sentiasa memastikan keluarganya tiada sebarang kekurangan.

Akan tetapi bukan semua yang kita rancang dan kita inginkan akan menjadi seperti yang kita kehendaki, kadang kalanya itu semua memerlukan sedikit pengorbanan.

Seperti seorang suami yang hanya mahu dikenali sebagai Akil, dia menjadi buntu dengan sikap isterinya itu.

Berikut merupakan kisahnya, Akil telah berkahwin dengan isterinya itu selama 3 tahun dan pada awalnya semua tersangat indah buat mereka seperti juga pasangan yang lain di awal perkahwinan.

Namun semuanya itu hanya bertahan selama setahun, selepas setahun perangai isterinya itu mula berubah sedikit demi sedikit.

Isterinya itu mula menunjukkan sikap yang dia rasakan sangat mencabar dirinya sebagai ketua keluarga.

Disebabkan akil ini merupakan seorang yang jenis pendiam, sabar dan tidak mudah marah maka hubungan mereka mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Akil sendiri tidak mengetahui apa punca yang menyebabkan isterinya itu berubah menjadi seorang yang pemarah, pantang silap sedikit abis di lentingnya ke arah dia.

Walaupun hanya benda kecil pun akan dia besar-besarkan juga, ada saja salah Akil yang isterinya itu cari.

Hari-hari berbagai kata makian yang keluar dari mulut isterinya itu, sampaikan binatang dalam hutan itu pun keluar juga, tapi semua itu dia sabarkan sahaja.

Dia sedar bahawa dalam rumah tangga ini perlukan salah seorang mengalah jika mahu bahagia, sebab itulah dia sanggup berdiam diri tapi bukan itu bermakna dia dayus tapi dia cuma tidak mahu memanjangkan benda yang dia anggap kecil itu.

Isterinya itu seakan langsung tidak menghormatinya sebagai suami, nak kata dia tidak melayan isterinya itu sebaik mungkin dia dah mencuba sedaya mungkin untuk membahagiakan isterinya itu.

Apa sahaja kemahuannya dia tunaikan, walaupun dia minta dibelikan makanan pada tengah malam buta pun dia tetap usaha mencari apa yang isterinya itu inginkan tetapi dia sendiri pun tak paham kerana beli makanan yang berlebihan sikit pun isterinya itu akan menyalahkannya dan memaki-makinya.

Semakin hari sikap isterinya itu makin teruk sehinggakan pada satu hari itu sampai saya hilang sabar saya pun memarahinya serta menasihatinya agar berubah sikap tetapi bukannya dia terima nasihat saya malah lagi teruk dia melenting adalah.

Sudah puas saya menasihatinya agar cuba menghormati saya sebagai suaminya dan syurganya terletak di bawah tapak kaki suami, namun semua itu langsung tidak di pedulikannya hingga saya sendiri dah buntu apa yang harus saya buat.

Saya masih amat menyanyanginya tetapi saya juga dah buntu dengan sikap dinginnya terhadap saya, apa yang perlu saya lakukan agar keluarga saya ini menjadi sebuah keluarga bahagia. Kisah Rumah Tangga
loading...