Sabtu, 10 Jun 2017

Julia Perez Telah Disahkan Meninggal Dunia

Seperti yang kita ketahui artis Indonesia, Julia Perez atau dikenali sebagai Jupe telah lama terlantar di katil hospital kerana penyakit di hidapinya itu yang di kesan pada tahun 2014.

Jupe telah disahkan meninggal dunia akibat kanker serviks di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta, Jupe menghembuskan nafas terakhirnya setelah menjalani rawatanan intensif selama lima bulan.

Media sosial di negara berkenaan telah memetik maklumat yang diberikan oleh adiknya, Nia Anggia mengenai kakaknya itu.

“Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez,” katanya.

“Minta doanya ya semua , terimakasih semu atas supportnya selama ini. I LOVE YOU YULI,” demikian tulis Nia dalam komennya di Instagramnya.

Jupe dikatakan sempat menjalani pembedahan di bahagian perut dan dimasukkan ke Unit Rawtaan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia.

Berikut detik-detik terakhir Jupe sebelum meninggal dunia yang di muat naik oleh adiknya.-Suara.TV
Gambar ketika Jupe ditolak masuk ke bilik bedah
loading...