Sabtu, 17 Jun 2017

Kawan Sekolah Minta Sajat Bertaubat Dan Kembali Jadi Lelaki Tulen Semula.

Kecoh di media sosial yang masing-masing cuba menegakkan benang yang basah, Usahawan terkenal Nur Sajat yang sebelum ini mendakwa bahawa dirinya merupakan khunsa telah mendapat kecaman yang hebat daripada netizen.

Nur Sajat yang tetap dengan pendiriannya yang membela dirinya dengan mengatakan dia bukanlah pondan tetapi khunsa telah menimbulkan perbalahan antara netizen.

Bagaimanapun hari ini, seorang lelaki yang mendakwa bahawa dirinya merupakan rakan sekolah usahawan Nur Sajat mendedahkan bahawa rakannya itu sebenarnya merupakan seorang lelaki tulen.

Menerusi akaun Facebook, Muhammad bin Aris, mendakwa dirinya merupakan kawan sekolah Sajat dan pernah melihat ‘alat sulit’ Nur Sajat yang ternyata dimiliki seorang lelaki.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut turut bersumpah bahawa Nur Sajat merupakan lelaki tulen dan bukan seorang khunsa seperti yang didakwanya.

“Dia memang pondan dan dia lelaki tulen. Aku kawan dia sejak dari darjah 1 sekolah setiawan perak dan Smk Ahmad Boestaman Setiawan, Perak.

“Nama dia Muhammad Sajad Bin Kamarulzaman. Dulu dia duduk dekat taman megah setiawan. Mak ayah dia peniaga kain pasar malam.

“Masa PJK dekat sekolah rendah kami nampak angry bird dia. Memang tak ada si rama-rama pun, memang dia lelaki tulen. Aku bersumpah dengan nama Allah memang dia lelaki tulen tak khunsa pun. Bulan puasa ni aku cakap yang sohih lagi fakta lillah. Aku tak nak subahat. Biar Allah berikan dia hidayah untuk kembali ke pangkal jalan yang benar! Amin,”tulis status Muhamad.

Terdahulu, Sajat mengakui dia adalah wanita dan perkara tersebut disahkan oleh pakar berserta surat rasmi pengesahan jantina.-SuaraTV
loading...