Khamis, 8 Jun 2017

Kumpulan Yang Bergaduh Di Restoran Nasi Kandar Berjaya Ditahan Polis.

Video dua kumpulan gangster yang pergaduhan di Restoran Nasi Kandar tular di facebook sejak dua hari lepas berjaya di tahan polis.

Menurut laporan Malaysia Kini, polis menahan tiga lelaki yang terbabit dalam satu kes pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah restoran nasi kandar di Chai Leng Park, Butterworth.

Video Kamera litar tertutup (CCTV) pergaduhan itu tular di laman sosial dan dikongsikan melalui aplikasi Whatsapp sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pergaduhan berlaku sekitar jam 3.17 pagi itu dipercayai berpunca daripada salah faham membabitkan empat lelaki dan dua lelaki yang sedang menjamu selera.

"kami sedang menjejaki tiga lagi lain yang terlibat dalam pergaduhan tersebut"

Tambahnya pekerja restoran tersebut berjaya meleraikan pergaduhan tersebut namun seorang dari pekerja mengalami kecederaan pada tangan kanan.

Katanya tiga lelaki yang ditahan itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - Malaysia Kini.
loading...