Isnin, 19 Jun 2017

Lagi Video Pergaduhan Besar Dalam Padang Di Liga China.

Liga mahal di dunia, Liga Super China sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila berlaku pergaduhan besar ketika perlawanan di antara Guangzhou R&F dan Shanghai SIPG.

Pergaduhan bermula apabila pemain import Shanghai SIPG, Oscar dos Santos atau lebih dikenali sebagai Oscar menendang bola dua kali terkena kepada pemain Guangzhou hingga menyebabkan pemain lawan marah dan menolaknya hingga jatuh.

Bermula dari itu terus pergelutan antara dua pasukan berlaku dengan para pemain berkumpul dan saling menarik antara satu sama lain.

Pergaduhan besar itu berlarutan beberapa minit sebelum pengadil dan pembantunya dapat mententeramkan keadaan.

Pemain berjersi 35 Guangzhou dan pemain berjersi 23 Shanghai dilayangkan kad merah akibat insiden itu. - Malaysiakini

loading...