Sabtu, 3 Jun 2017

Lelaki Ditahan Cabul Remaja Perempuan Berusia 15 Tahun.

Kajang – Tindakan gila seorang lelaki yang mencabul seorang semaja perempuan berusia 15 tahun terima padah selepas ditahan polis di tempat kejadian.

Menarut laporan mStar Online, Lelaki berusia 26 tahun ditahan kerana disyaki  mencabul remaja perempuan di pusat membeli belah di Cheras Selatan, di sini.

Difahamkan, suspek menyasarkan budak perempuan di tempat letak kereta kompleks pada Khamis. Dia akan memeluk dan meraba bahagian sulit mereka.

Seorang mangsa berusia 15 tahun mendakwa lelaki itu mengekorinya semasa berada di tempat letak kereta pada pukul 4 petang dan meraba punggungnya.

Remaja perempuan itu melarikan diri tetapi dikejar lelaki berkenaan yang masih cuba memeluknya dari belakang tetapi gagal. Remaja itu segera menemui rakannya di dalam kompleks itu dan mendapatkan bantuan.

“Mangsa memaklumkan kejadian kepada pengawal keselamatan kompleks membeli belah itu dan polis sebelum lelaki berkenaan ditahan di lokasi sama dia menunggu sasarannya,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan pada Sabtu.

Beliau berkata, salah seorang daripada rakan remaja perempuan itu mengadu dicabul lelaki sama.

“Suspek dibawah ke ibu pejabat polis daerah Kajang dan siasatan masih dijalankan berhubung kes ini,” katanya. Suspek telah ditahan reman hingga Ahad. – mStar Online
loading...