Khamis, 1 Jun 2017

Lelaki Rempuh Dan Ugut Bunuh Sebelum Rogol Wanita Yang Menolak Cintanya.

Cinta itu indah jika bertepuk dua belah tangan tetapi lain pula jadinya jika cinta bertepuk sebelah tangan.

Cinta yang tidak berbalas kadang-kalanya boleh mengundang kepada sakit hati yang melampau serta boleh merasuk fikiran supaya bertindak di luar kawalan.

Mengikut laporan dari Kosmo, seorang penganggur bertindak merempuh motosikal gadis idamannya serta mengugutnya dengan pisau sebelum merogol gadis tersebut di dalam kereta hanya kerana cintanya tidak di balas, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kota Baru, Kelantan.

Lelaki yang berusia 23 tahun itu memandu Proton Wira miliknya dan melanggar motosikal gadis berusia 21 tahun itu dari belakang dalam insiden kira-kira 7 petang pada Khamis lalu.

Terdahulu, suspek yang memberhentikan kenderaan, kemudian mengacu pisau ke leher mangsa dan mengheretnya ke dalam kereta sebelum menuju ke semak di kawasan Bachok.

“Mangsa kemudian dirogol suspek di dalam kereta tersebut di kawasan semak itu,” kata pemangku ketua polis Kelantan SAC Din Ahmad.

Tambahnya, gadis itu kemudian dibawa ke sebuah hotel murah di Tanjung Mas di sini, namun mangsa berjaya melepaskan diri serta mendapatkan bantuan orang awam.

“Suspek dipercayai bertindak demikian selepas mangsa menolak cintanya,” katanya.

Lelaki itu dikatakan positif dadah jenis amphethamine, atau syabu, dan direman lima hari sehingga Jumaat ini.

Mangsa menerima tujuh jahitan di betis akibat luka ketika bergelut di dalam kereta, sementara suspek pula luka di tangan. - Suara.TV
loading...