Selasa, 13 Jun 2017

Pemandu Grab Yang Merogol Wanita Ditahan Bantu Siasatan Kes Rogol

PETALING JAYA: Seorang wanita telah mendakwa bahawa dia telah di rogol oleh seorang pemandu grab car dalam kejadian pada malam semalam.

Berikutan kejadian tersebut, seorang pemandu perkhidmatan Grab ditahan reman 6 hari bagi membantu siasatan kes merogol seorang penumpang wanita berhampiran rumah mangsa di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang, sekitar 4 pagi semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Atiqah Abdul Karim untuk disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 29 tahun yang memaklumkan dirogol suspek berusia 30 tahun itu ketika menggunakan perkhidmatan itu dari Petaling Jaya untuk pulang ke rumah.

Sewaktu dalam perjalanan, suspek dikatakan memberhentikan kereta dipandunya di lokasi kejadian sebelum merogol mangsa.

Mangsa yang mabuk ketika itu menyedari perbuatan suspek, namun tidak melawan dan dihantar pulang ke rumahnya.

Wanita itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan kira-kira 3 petang, semalam. - Astro AWANI
loading...