Ahad, 4 Jun 2017

Video Ifa Raziah Pengsan Di Set Penggambaran Ketika Buat Video Muzik Dangdut Lebaran.

Aktif dibulan puasa Ifa Raziah pengsan di set penggambaran ketika buat video muzik Dangdut Lebaran

Menurut laporan Astro Gempak, Ifa yang dalam sesi penggambaran bagi muzik video Dangdut Lebaran bersama penyanyi dangdut lain dikatakan rebah secara tiba-tiba akibat terlampau letih bekerja.

Menerusi video tersebut, kelihatan penyanyi dangdut veteren, Shida yang cemas dengan sitasi tersebut telah cuba untuk membantu menyedarkan Ifa.

Krew penggambaran lain yang berada di lokasi kemudian telah mendapatkan bantuan kecemasan dengan menghubungi ambulans.

Peminat Ifa yang bimbang tentang keadaan penyanyi itu telah mendoakan agar Ifa cepat sembuh selain mereka turut menasihatinya untuk banyak berehat.

Ketika kejadian yang berlaku di Ampang, antara selebriti lain yang turut berada di set penggambaran adalah Ani Mayuni, Haiza, dan Salwa.

Pada awal 2017, Ifa pernah mendapat rawatan di hospital selama beberapa hari akibat masalah kesihatan yang teruk. - Astro Gempak

Berikut kami kongsikan video Ifa Raziah yang tiba-tiba rebah di set penggambaran:
loading...