Khamis, 15 Jun 2017

Penipuan Dalam Talian, Paksa Bayar Barangan Yang Tidak Dipesan.

Kuala Lumpur – Rakyat Malaysia di gesa supaya lebih berhati-hati ketika melayari laman web kerana terdapat sindiket penipuan yang mensasarkan golongan pengguna media sosial sebagai mangsa utama mereka.

Sindiket tersebut dikatakan menggunakan cara penghantaran bungkusan produk dan memaksa penerima untuk membayarnya walaupun penerima dikatakan tidak membuat sebarang penempahan. 

Itu antara taktik kotor yang digunakan sindiket penipuan beroperasi di luar negara yang memeras ugut ratusan mangsa di negara ini.

Difahamkan, sindiket menyasarkan individu yang gemar membuat pembelian dalam talian sebagai mangsa kegiatan perniagaan.

Sindiket yang bergerak melalui portal khas itu menawarkan produk kecantikan dengan meminta maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon dan alamat kediaman pelayar web.

Bagaimanapun, sebaik mangsa memasukkan maklumat itu, sindiket menganggap ia satu tempahan dan menghantar bungkusan mengandungi 50 masker muka dan produk kecantikan bersama bil yang bernilai RM200 hingga RM500.

Mangsa diarahkan membayar sejumlah wang menerusi pembayaran kad kredit atau Pay Pal.

Mengikut laporan, rata-rata penerima tersebut mengatakan mereka dipaksa mengambil barangan tersebut walaupun sebenarnya kami tidak memerlukan langsung produk tersebut dan mengatakan mereka mengalami kerugian disebabkan kejadian tersebut.-Suara.TV
loading...