Jumaat, 9 Jun 2017

Pihak Hospital Tidak Mengaku Menjadi Punca Kematian Bayi 11 Bulan.

Tidak dinafikan setiap orang ada melakukan kesilapan dan tidak pernah lari daripada silap, tetapi jika kesilapan yang membawa kepada kehilangan nyawa seseorang pasti amat menyedihkan.

Doktor juga seorang manusia dan kadang-kala doktor juga ada melakukan kesilapan dan sebagai seorang doktor dia harus lebih peka dengan keadaan semasa pesakit serta lebih tahu apa yang harus dilakukannya.

Sikap sambil lewa dalam memeriksa pesakit boleh mengakibatkan kesan yang buruk kepada pesakit serta menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap seseorang yang bergelar doktor.

Baru-baru ini kita telah di kejutkan dengan pengongsian seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Desmond Neo telah berkongsi kisah tragik yang berlaku kepada keluarga beliau, dimana anaknya meninggal dunia akibat kecuaian doktor di sebuah hospital tempatan di Batu Pahat .

Anaknya yang baru berusia 11 bulan mengidap demam panas yang meningkat sehingga 39 celcius 24 April lepas, sebagai ayah yang bertanggung jawab beliau membawa anaknya kehospital batu pahat untuk mendapatkan bantuan.

Hospital itu mengatakan bahawa anaknya cuma demam biasa dan memberi rawatan normal.namun selepas 4 jam mereka memberikan ubat bibir anaknya telah bertukar menjadi ungu dan anggota badannya bertukar hitam.

Desmond terus memanggil doktor tetapi mereka berkata perkara itu normal dan merupakan salah satu simptom demam, selepas itu doktor kemudian memberi ubat yang lebih kuat pada jam 5:30 petang iaitu hanya 7 jam selepas dos yang pertama.

Pada jam 11 pagi 25 April suhu anaknya semakin naik dengan mendadak ke 40 celcius, jururawat bertugas hanya memberikan anaknya ubat tetapi enggan memanggil doktor walaupun telah didesak. dia juga berkata saya akan dikenakan caj sebanyak rm150 jika beliau berkeras mahu jumpa doktor.

Keadaan menjadi tambah teruk apabila suhu anaknya mencecah 41.4 celcius dan najis anaknya berubah menjadi cecair dan bukan pepejal, Doktor kemudian menasihati keluarga untuk mengambil span dan air sejuk untuk di sapu ke badan bagi menyejukkan badan anaknya.(yang seharusnya kerja jururawat)

Doktor itu juga menasihatkan untuk menurunkan lagi suhu penghawa dingin supaya badan anaknya terdedah dengan udara sejuk dan doktor tersebut juga memberi jaminan yang suhu anaknya akan turun selepas itu.

Desmond kerapkali menyuruh jururawat memanggil doktor namun dia tidak mahu berbuat begitu, kira-kira jam 6. Desmond terkejut apabila si kecil Joel mula muntah cecair berwarna hitam kemerah-merahan yang dipercayai sebagai darah.

Pada ketika itulah doktor datang memeriksa Joel dan anak kecil itu terus dimasukkan ke wad ICU.

Dengan bersahaja doktor tersebut memberitahu, “Maaf encik, neo kaki tangan kami tidak cukup serta kemudahan untuk merawat anak encik juga tidak lengkap, boleh tak kalau encik tukarkan anak encik ke hospital lain?”.

Bagaimanapun kisah ini berakhir dengan duka selepas 11 hari anak kecil itu meninggal dunia di hospital kerajaan.

Dalam perkongisan lain Desmond juga memaklumkan penjelasan yang pihak hospital berikan padanya, selepas dia menuntut penjelasan tersebut dari mereka.

Namun semuanya tiada guna kerana pihak hospital menindakkan kesalahan yang telah dilakukan mereka, Desmond sempat berpesan bahawa dia berkongsi kisah ini untuk mengingatkan kepada ibu bapa untuk tidak membawa anak mereka kesini kalau mereka tidak mahu mengalami hal yang sama.
loading...