Jumaat, 16 Jun 2017

Pokok Nariphon Mengeluarkan Buah Berbentuk Perempuan.

Thailand - Telah kecoh di Thailand akan kewujudan pokok yang buahnya menyerupai seorang wanita yang seakan menggantung diri dan kejadian ini menimbulakan kebingungan kepada orang ramai yang merasa pelik dengan pokok tersebut.

Dipetik dari wereblog, pokok berkenaan yang disebut sebagai Nariphon mengeluarkan buah berbentuk tubuh wanita dengan kepalanya melekat pada tangkai pokok. Namun setakat mana kesahihannya tidak diketahui.

Khabar angin menyatakan pokok Nariphon itu boleh ditemui di Luang Pho Jarun, Wat Ampawan di Kuil Buddha Singburi dekat Bangkok.

Menurut cerita rakyat Thailand, ia tumbuh di hutan yang disebut Himaphan. Berdasarkan cerita mitos yang menjadi kepercayaan penduduk di sana, pokok Nariphon tersebut diciptakan untuk mengaburi makhluk jahat yang cuba mengganggu keluarga dewa bernama Indra.

Indra menanam 12 pohon Nariphon untuk melindungi isterinya, Vessantara dan dua anaknya dari makhluk yang mengerikan itu.

Makhluk itu akan tertipu dan mengambil buah tersebut lalu bercinta dengannya. Akibatnya, mereka tertidur selama empat bulan dan kehilangan kesaktian.

Menurut mitos itu, selepas dewa tersebut meninggal dunia, pokok Nariphon terus menghasilkan buah aneh sampai sekarang.
loading...