Khamis, 1 Jun 2017

Ramai Pasangan Bercerai Gunakan Alasan Tak Masuk Akal.

Perceraian adalah perkara yang paling di benci oleh Allah dan perceraian ialah jalan terakhir yang di pilih oleh pasangan suami isteri apabila tiada lagi kata sepakat dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Perceraian juga boleh di elakkan asalkan terdapat tolak ansur antara pasangan serta saling memahami antara satu dengan lain.

Namun begitu kadang-kalanya alasan yang di gunakan untuk bercerai adalah sangat tidak logik kita rasakan kerana hanya sebab yang remeh pun boleh dijadikan alasan untuk bercerai.

Biasanya memang kita selalu dengar kes-kes perceraian yang remeh-temeh sering berlaku di luar negara dan tanpa kita sedari, dalam negara kita sendiri juga ada berlaku kes-kes sedemikian.

Berikut merupakan senarai alasan remeh yang di gunakan untuk bercerai telah didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah yang kita sendiri tak sangka.

Antara Alasan Cerai Paling Merepek Yang Didedahkan.
  1. Punggung isteri menggerutu.
  2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  3. Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  5. Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  6. Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  7. Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  8. Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  9. Berbeza fahaman politik.
  10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  11. Gaji suami lebih rendah.
  12. Isteri lambat menyediakan makanan.
  13. Pasangan bangun tidur lewat.
  14. Suami bekerja tidak tentu masa.
  15. Anak demam dan tidak sihat.
  16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  17. Pasangan terlalu cerewet.
  18. Pasangan tidur berdengkur.
  19. Pasangan gemar membeli-belah.
  20. Suami tangkai jering (kedekut).
  21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
  22. Berebut rancangan televisyen.
  23. Pasangan malas mandi
  24. Tidak tolong pasangan buat kerja rumah
Lucu bukan? Tetapi inilah asam garam realiti kehidupan yang perlu kita terima. Sumber: aliffchannel.com
loading...