Sabtu, 24 Jun 2017

Serangan Di Masjidil Haram Digagalkan.

ENAM jemaah warga asing cedera semalam apabila seorang pengebom berani mati menyasarkan tempat paling suci umat Islam meletupkan dirinya.

Kejadian berlaku sekitar Masjidilharam tempat ratusan ribu jemaah berhimpun pada hari-hari terakhir Ramadan.

Dalam serbuan awal pagi di Makkah dan Jeddah, pegawai menangkap lima suspek, termasuk seorang wanita sebelum mengepung lokasi pengebom di sekitar Masjidilharam.

“Dia bagaimanapun mula menembak anggota keselamatan sebaik menyedari kehadiran mereka di kawasan itu. Ia menyebabkan kejadian berbalas tembak sebelum lelaki itu meletupkan dirinya,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Mansour al-Turki.

Letupan itu menyebabkan sebahagian bangunan tempat dia bersembunyi runtuh, mencederakan enam jemaah.

Menurutnya, empat mangsa sudahpun dibenarkan keluar dari hospital.

Dalam pada itu, lima anggota keselamatan cedera.

Imej yang didakwa dirakam di tempat kejadian dan tersebar di media sosial menunjukkan satu lorong penuh dengan longgokan batu akibat letupan dan mayat seorang lelaki berjambang kelihatan di celah runtuhan. - Harian Metro
loading...