Jumaat, 2 Jun 2017

Suami Tampil Bersuara Selepas Video Isterinya Dikecam Netizen

Selepas video isternya tular di media sosial menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut ke arah pemandu kereta kerana berebut parkir di pekan Kuah pada 30 Mei lepas, kini suami tampil bersuar.

Menurut laporan Harian Metro, Video berdurasi 42 saat itu dipercayai dirakamkan oleh seorang wanita dalam kenderaan terbabit pada jam 7 malam dua hari lalu sebelum dimuat naik di laman Facebook miliknya, Ann Lim dan mendapat lebih 3,000 'like' dan 11,000 perkongsian oleh netizen.

Muhammad Jefry Sudin, 33, berkata, kejadian itu berlaku sejurus dia meletak kereta yang turut dinaiki isterinya, Siti Khadijah Awang, 28, di pakir kereta berhampiran tapak Bazar Ramadan di pekan Kuah.

"Sebelum kejadian itu, saya sedang memandu kereta, manakala di hadapan saya ada sebuah kereta dinaiki tiga wanita dan kami sama-sama sedang mencari ruang untuk meletak kenderaan.

"Ada satu ruang kosong, ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak, jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Jefry berkata, pemandu kereta terbabit mendakwa ruang kosong itu miliknya, selain melemparkan kata-kata kesat yang menimbulkan rasa marah isterinya sehingga tercetus perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut.

"Dari segi itu (perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut) saya bagi pihak isteri mohon maaf dan saya pun tidak menjangkakan dia bertindak sampai begitu.

"Saya menganggap kejadian itu kecil saja dan ia menjadi tular apabila wanita yang dipercayai perakam kejadian itu memuat naik ke media sosial, sekali gus mendapat pelbagai komen orang ramai," katanya.

Pada masa sama, Muhammad Jefry meminta orang ramai yang menonton video itu di laman sosial tidak membuat komen melulu dan menyalahkan isterinya 100 peratus tanpa mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Video berkenaan memaparkan suami isteri memaki hamun pemandu wanita dan insiden itu turut dirakam mangsa menggunakan telefon mudah alihnya.

Selain memaki hamun, wanita itu dilihat menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu sebelum membaling seliparnya pada cermin hadapan kereta.

Ketika pemandu wanita itu mahu beredar dari tempat kejadian, pasangan terbabit bersama ahli keluarga mereka sekali lagi menjerit dan memukul keretanya.

Berdasarkan 'posting' pemandu yang memuat naik video itu, dia mendakwa dia yang pertama tiba di pakir berhampiran bazar Ramadan dan menunggu kereta lain untuk keluar.

Katanya, dia juga memberi isyarat untuk memasuki tempat letak kereta sebelum dipintas kereta pasangan berkenaan yang kemudiannya meletak kenderaan mereka di situ.

Kejadian itu menyebabkan wanita itu membunyikan hon namun tidak beri laluan sebaliknya dimarahi oleh pasangan itu yang turut memukul keretanya
loading...